| LOGO JKKK |
|
| ALAMAT |
Pengerusi JKKK Parit Kassan, Kampung Parit Kassan, 84800 Bukit Gambir, Ledang, Johor Darul Takzim. |
| PERHUBUNGAN |
Pengerusi: 06-9762042 / 012-6864084 E-mel: eiwan68@yahoo.com |
| PENGERUSI JKKK |
 MOHD HAMZAH BASAR |
| TIM. PENGERUSI JKKK |
 HJ MOHD JANIS ABU BAKAR |
| SETIAUSAHA JKKK |
 A SAMAD BUANG |
| BENDAHARI JKKK |
 TUGIRAN RATMAN |
| AHLI JAWATANKUASA |
HJ AHMAD HJ TAHIR HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN HJ ZAKARIA HJ HAIYUN ROZAINI ABD HAMID HAI ROZZAMAN JALAL YAHYA WAGIMAN ALI HASSAN MUHALI ABD HAMID MANSOR MOHD NOR ABU KASSAN MOHD SAID OMAR ZAKARIA HARON HJH KASMINAH HJ IKHSAN SITI MAHANI DAILAM KAMIRON SALIM JUINAH SAHARAN SALBIAH DAUD MD ZIN SURATMAN MUHD ZAINI ABU BAKAR |
|
| 3 EBOOK PERCUMA UNTUK ANDA |
| 16 Jun 2009 |
Salam hormat; Maaf jika mengganggu masa santai anda.. ============================================ Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download di sini. ============================================ Sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar. Kini, khusus buat anda, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!) buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ? Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK. Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online. 3 Ebook beliau ialah : 1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi 2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit - cara buat duit dengan barang2 rosak 3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!! Download DI SINI. Bukannya kena beli pun. Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :D Chow !! Terima kasih. Kamera digital atau kamera filem? Bandingkan kedua-duanya di Yahoo! Answers! |
posted by JKKK Parit Kassan @ 2:31:00 AM  |
|
|
|
| PROJEK BANGUNAN SEKOLAH 4 TINGKAT BERMULA |
| 27 Mei 2009 |


Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK) mendapat sebuah bangunan 4 tingkat yang baru dimulakan pembinaannya pada 25 Mei 2009 yang lalu. Dengan pembinaan bangunan tersebut, murid-murid dapat belajar dengan selesa. Terima kasih kepada pihak kerajaan. Mencari semua rakan di Yahoo! Messenger? Anda boleh dengan mudah menjemput rakan anda dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger hari ini! |
posted by JKKK Parit Kassan @ 8:11:00 PM  |
|
|
|
| AADK DIMINTA UJI AIR KENCING KAKITANGAN KERAJAAN |
| 22 Mei 2009 |


JOHOR BAHRU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor bimbang dengan kakitangan kerajaan yang menghadapi tekanan hidup menyebabkan ada antara mereka terbabit dalam penagihan dadah sehingga menjadi penagih tegar.
Pengarahnya, Sidek Jaffar, berkata apabila sudah menjadi penagih, kakitangan awam berkenaan akan hilang tumpuan ketika bekerja sehingga prestasi terjejas teruk dan akhirnya terpaksa dibuang kerja.
Beliau berkata, kebelakangan ini, AADK menerima permintaan daripada beberapa jabatan kerajaan supaya menjalankan pemeriksaan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada kakitangan mereka bebas daripada gejala penagihan dadah atau sebaliknya. "Tindakan itu dilakukan kerana terdapat kes kakitangan awam terjebak dalam penagihan dadah dan dikhuatiri bilangannya meningkat.
"Dalam pemeriksaan secara berkala sehingga kini, memang terdapat ujian air kencing sebilangan kakitangan awam positif dadah dan perkara itu amat mendukacitakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Seminar Perdana Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di sini, kelmarin. Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai.
Sementara itu, Dr Robia berkata, Johor Bahru mencatatkan bilangan kes penagihan dadah paling tinggi berbanding daerah lain di negeri ini.
Beliau berkata, sebanyak 566 kes dikesan di daerah itu pada tahun lalu, diikuti 199 kes di Batu Pahat dan 172 kes di Kluang.
"Bagaimanapun, jumlah keseluruhan di negeri ini didapati menurun daripada 2,004 kes pada 2007 kepada 1,512 kes pada tahun lalu. "Kes yang dimaksudkan termasuk penagih baru. Mereka ditempatkan di pusat serenti, diberi pengawasan dan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan mereka mampu pulang ke pangkal jalan," katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN, 23 MEI 2009
P.S.: Seramai 35 orang wakil dari daerah Ledang turut serta dalam Seminar tersebut. Mukim Grisek diwakili oleh 5 orang daripada JKKK Parit Kassan.
Bersosial dan bersambung dengan lebih baik hari ini. Tambah lebih ramai rakan ke Yahoo! Messenger sekarang! |
posted by JKKK Parit Kassan @ 6:27:00 PM  |
|
|
|
| MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN |
| 08 Mei 2009 |

 PADA 6 Mei yang lalu, Ketua Kampung Parit Kassan telah menghadiri majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Parit Kassan Kali Ke-14. Beliau turut menyampaikan bantuan pakaian sumbangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada murid-murid sekolah tersebut. |
posted by JKKK Parit Kassan @ 5:14:00 PM  |
|
|
|
| YPKDT PERKUKUH INSTITUSI KEKELUARGAAN |
| 19 Mac 2009 |

MOHD TAHA (tengah) memberikan nama kepada seorang bayi sempena Program Pengamalan Sakinah di Surau Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, kelmarin. MUAR: Institusi kekeluargaan yang kukuh, bukan saja dapat mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga, tetapi dapat mengelak generasi muda daripada terjebak dalam kegiatan gejala sosial.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian terhadap tingkah laku anak-anak, selain melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan untuk membantu meningkatkan pembangunan minda generasi muda.
Pegawai Penyelaras Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Ta'zim (YPKDT) daerah Muar, Salehoddin Sulaiman, berkata langkah itu juga selaras dengan ajaran yang terkandung di dalam program Modul Sakinah yang diperkenalkan kerajaan negeri di negeri ini, sejak lebih 10 tahun lalu. Beliau berkata, melalui program itu masyarakat Islam diberikan bimbingan dan tunjuk ajar, dengan penekanan terhadap pentingnya ibu bapa mendidik anak serta melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan agama serta mengamalkan cara hidup berlandaskan ajaran al- Quran dan sunnah.
"Bagi memastikan garis panduan yang terdapat dalam program Modul Sakinah dilaksanakan secara menyeluruh, YPKDT kini memperluaskan lagi program itu kepada program Pengamalan Sakinah, sejak dua tahun lalu.
"Langkah itu bertujuan membimbing masyarakat Islam supaya sentiasa mengukuhkan institusi kekeluargaan untuk menjana keluarga bahagia di kalangan masyarakat Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Pengamalan Sakinah DUN Gambir anjuran bersama YPKDT Daerah Muar dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama ialah, Pegawai Penggerak Sakinah Daerah, Zakaria Muhamad, Pengerusi JKKK Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar, Ketua UMNO Cawangan, Muslim Jasmin, Imam Masjid Jamek Parit Kassan, Mohd Taha Husnan, dan Pengerusi Surau Dua Parit Kassan, Mos Pandi.
Katanya, Pegawai Penggerak Sakinah yang dilantik di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, diarahkan meningkatkan lagi program Pengamalan Sakinah sehingga ke peringkat akar umbi, selain meneruskan siri ceramah di masjid dan surau, sebagaimana diadakan sebelum ini.
Salehoddin berkata, melalui program Pengamalan Sakinah, Pegawai Penggerak Sakinah akan turun padang untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar terhadap acara dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam dalam kehidupan seharian, melalui majlis keraian, kenduri kendara, sama ada dianjurkan secara berkelompok atau secara individu. Beliau berkata, antara acara yang diberikan tumpuan ialah, menyambut kelahiran bayi, bercukur jambul, memberi nama bayi dan program berkaitan dengan majlis keraian, kenduri kahwin, menziarahi dan memandikan jenazah serta majlis membaca Yassin dan tahlil.
Katanya, langkah itu bertujuan mengelak penganjur majlis melakukan perkara khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam, sekali gus boleh mengelirukan masyarakat.
"Ini kerana ada antara acara yang diadakan sebelum ini, dikenal pasti banyak dipengaruhi budaya agama lain yang jika diamalkan berterusan boleh memesongkan akidah," katanya.
Sempena program itu, diadakan acara bercukur rambut dan menamakan bayi yang baru lahir bagi pasangan Mohd Khairi Paimin dan Sumarmi Barnin.
Acara lain, ialah penyerahan taklif iaitu tanggungjawab keagamaan daripada ibu bapa kepada tujuh remaja yang sudah akil baligh, bagi memastikan mereka mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.
Sementara itu, Zakaria berkata, melalui kegiatan yang dianjurkan melalui Program Pengamalan Sakinah di peringkat kampung dan mukim membolehkan semua lapisan masyarakat Islam setempat sama ada lelaki, wanita, dewasa, generasi muda dan kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.
SUMBER: BERITA HARIAN, 20 MAC 2009
|
posted by JKKK Parit Kassan @ 8:53:00 PM  |
|
|
|
| HADIAH ULANG TAHUN KE-25 |
| 13 Mac 2009 |
 | | SEBAHAGIAN daripada 25 pelajar cemerlang SPM menunjukkan sijil masing-masing selepas majlis meraikan pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sains Muar, Muar, semalam. |
MUAR 12 Mac - Sambutan ulang tahun ke-25 Sekolah Menengah Sains Muar tahun ini cukup manis dengan kejayaan muncul sekolah paling cemerlang di negeri ini bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008. Sekolah berkenaan berjaya mencatatkan jumlah pelajar sebanyak 25 orang yang mendapat keputusan semua A1 dalam mata pelajaran yang diambil dan 58 orang mendapat semua A1 dan A2. Kejayaan muncul sekolah terbaik peringkat negeri merupakan kejayaan kali keempat berturut-turut bagi Sekolah Menengah Sains Muar sejak tahun 2005. Menurut Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan, Zakaria Haiyun, pencapaian tahun ini nyata begitu membanggakan kerana para pelajar telah berjaya menyahut cabaran yang diberikan. "Malah bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam keputusan SPM tahun 2008 meningkat lebih tiga kali ganda berbanding sembilan orang pada SPM 2007," katanya pada majlis meraikan pelajar SPM cemerlang di sekolah tersebut, di sini hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Muar, Zainal Amin. Zakaria berkata, pengetua sekolah itu, Samian Sawiyo tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana berada di Johor Bahru untuk menerima anugerah sekolah cemerlang daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Sementara itu, salah seorang pelajar cemerlang, Nurul Nadia Mohd. Nasir melahirkan rasa bangga kerana dapat menyumbang sesuatu kepada rekod cemerlang sekolah berkenaan. "Bagi saya, di samping belajar bersungguh-sungguh, kita juga tidak boleh melupakan aktiviti riadah," katanya yang mencatat keputusan 9A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Bagi Muhammad Syafiq Mohamed pula, kejayaannya memperoleh semua 9A dalam SPM turut banyak disumbang para gurunya yang cukup berdedikasi. "Bagi saya, 60 peratus daripada kejayaan ini adalah hasil tunjuk ajar guru dan bakinya adalah usaha kita yang belajar bersungguh-sungguh dengan solat yang tidak dilupakan," katanya. P/S: ZAKARIA HAIYUN adalah AJK JKKK Kampung Parit Kassan.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 MAC 2009 |
posted by JKKK Parit Kassan @ 5:38:00 PM  |
|
|
|
| HOSPITAL MERSING PERANGI AEDES |
| 03 Mac 2009 |
| MERSING 3 Mac - Hospital Daerah Mersing akan menganjurkan Kempen Memerangi Aedes Peringkat Daerah di kawasan rekreasi Esplanet Kampung Seri Lalang di sini Sabtu ini. Pegawai Kesihatan Hospital Daerah Mersing, Moktar Pungot berkata, kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran awal kepada penduduk-penduduk di daerah ini mengenai bahaya penyakit denggi yang dibawa nyamuk aedes. "Pada kempen itu juga, kita akan menggalakkan orang ramai supaya mencari dan memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi dan dipercayai terdapat aedes membiak," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, kempen tersebut akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing, Datuk Abdul Razak Hassan. Menurutnya, selain kawasan rumah, perhatian juga harus diberikan kepada premis-premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai makan, surau, masjid dan sekolah. "Saya mengingatkan kepada semua, jika ada tanda-tanda seperti demam, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan," katanya. Moktar turut meminta orang ramai supaya memeriksa kawasan rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nyamuk aedes. P/S: Dr Mohtar Pungot@Ahmad adalah anak jati Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 4 MAC 2009 |
posted by JKKK Parit Kassan @ 6:30:00 PM  |
|
|
|
| WAK MARTOL MENINGGAL DUNIA |
| 02 Mac 2009 |

Allahyarham Wak Martol (2 dari kiri) ketika aktif dalam Perkumpulan Kempling Parit Kassan. HARI ini, 3 Mac 2009, salah seorang ahli Perkumpulan Kempling Parit Kassan yang menghidap strok, Marzuki Md Rasip atau lebih mesra dengan panggilan Wak Martol meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi menjelang subuh. Dulu beliau seorang ahli kempling yang aktif, tetapi sejak beliau menghidap strok, beliau tidak mengikuti lagi perkumpulan ini.
Pengerusi serta AJK dan ahli perkumpulan ini mengucapkan takziah kepada keluarganya. AL-FATIHAH |
|
posted by JKKK Parit Kassan @ 6:13:00 PM  |
|
|
|
| JKKK FELDA PASAK ANJUR LAWATAN KE LEDANG |
| 23 Februari 2009 |

 LEDANG: Seramai 55 orang peserta telah mengikuti lawatan sambil belajar ke daerah ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Sabtu lalu. Pengerusinya, Haji Mohd Dom Harun berkata, tujuan program ini untuk memberikan pendedahan kepada Ahli Jawatankuasanya serta para pemimpin belia dan wanita yang terdapat di kampungnya melihat bagaimana sesebuah kampung yang dilawati memajukannya. "Melalui program seumpama ini, minda mereka lebih terbuka untuk mempelajari cara pengurusan sesebuah kampung bagi diaplikasikan di kampung sendiri," katanya kepada iNFOLEDANG ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke premis Mohd Janis Sdn. Bhd. di Kampung Parit Kassan. Sementara itu, Setiausahanya, Noh Haji Sitam berkata, antara destinasi yang dilawati ialah Kampung Parit Bugis, Muar yang mengadakan program Homestay, bengkel pembuatan bahulu tradisional dan kraftangan serta persembahan zapin. Menurutnya lagi, destinasi kedua ialah melawat perusahaan Mohd Janis Sdn Bhd di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir yang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Industri Sawit 2007 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kota Kinabalu, Sabah bagi kategori peniaga buah sawit. "Selain diberi penerangan mengenai aktiviti syarikat itu, kami juga dibawa ke tapak semaian benih sawit dan pusat ternakan lembu yang diusahakan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Haji Mohd Janis Abu Bakar," katanya lagi. Tambah Noh lagi, destinasi ketiga ialah melawat Masjid Jamek Dato Abd Ghani Othman di Sagil Parit 2 bagi melihat keindahan seni bina kubah masjid kampung itu kerana rekabentuk itu akan digunakan untuk membina masjid di kampungnya. Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat sepanjang lawatan tersebut.
|
posted by JKKK Parit Kassan @ 7:06:00 PM  |
|
|
|
| KEJOHANAN OLAHRAGA SKPK KALI KE-12 |
| 18 Februari 2009 |
LEDANG: Kumpulan Hijau muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK). Kumpulan Hijau telah mendapat 375 mata mengalahkan tiga kumpulan lain iaitu Biru (350), Kuning (317) dan Merah (310).
Dalam kejohanan yang diadakan di padang SKPK petang semalam, Muhammad Syahrezat Abd Halim telah dinobatkan sebagai Olahragawan SKPK 2009 manakala Nor Hazirah Fasihah Sijas sebagai Olahragawati.
Kejohanan itu telah ditutup rasmi oleh Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar. Turut hadir pada majlis itu, Guru Besar SKPK, Hajah Munah Abd Majid, Yang DiPertua PIBG, Padil Md Amin, Naibnya, Haji Mohd Janis Abu Bakar serta Guru Penolong Kanan (GPK 1), Haji Mohamad Md Amin.
Dalam ucapannya, Mohd Hamzah menasihatkan para pelajar supaya menseimbangkan di antara akademik dan ko-kurikulum untuk mencapai kecemerlangan.
Tambahnya lagi, bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan dan minda para pelajar. -iNFOLEDANG |
posted by JKKK Parit Kassan @ 4:07:00 PM  |
|
|
|
|
|