::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR::

Blog ini menghimpunkan aktiviti yang berlaku di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, Johor.

 
LOGO JKKK
ALAMAT
Pengerusi JKKK Parit Kassan,
Kampung Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir,
Ledang, Johor Darul Takzim.
PERHUBUNGAN
Pengerusi: 06-9762042 / 012-7945915
E-mel: paritkassan@yahoo.com
PENGERUSI JKKK

MOHD HAMZAH BASAR
TIM. PENGERUSI JKKK

HJ MOHD JANIS ABU BAKAR
SETIAUSAHA JKKK

A SAMAD BUANG
BENDAHARI JKKK

TUGIRAN RATMAN
AHLI JAWATANKUASA
HJ AHMAD HJ TAHIR
HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN
HJ ZAKARIA HJ HAIYUN
ROZAINI ABD HAMID
HAI ROZZAMAN JALAL
YAHYA WAGIMAN
ALI HASSAN MUHALI
ABD HAMID MANSOR
MOHD NOR ABU KASSAN
MOHD SAID OMAR
ZAKARIA HARON
HJH KASMINAH HJ IKHSAN
SITI MAHANI DAILAM
KAMIRON SALIM
JUINAH SAHARAN
SALBIAH DAUD
MD ZIN SURATMAN
MUHD ZAINI ABU BAKAR
VIDEO KUMPULAN SELAWAT PEMUDA PARIT KASSAN
28 Februari 2010
Kumpulan selawat Pemuda Parit Kassan sedang mengiringi bacaan berzanji yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fabli Sitam sempena sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Kampung Parit Kassan pada 25/2/2010.

posted by JKKK Parit Kassan @ 5:42:00 PTG   0 comments
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1431H PERINGKAT KAMPUNG PARIT KASSAN
27 Februari 2010
Pada 25 Februari 2010 bersamaan malam 12 Rabiul Awal 1431H, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Kassan telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat kampung.

Program dimulakan dengan rewang memasak untuk jamuan murid-murid sekolah dan penduduk kampung bermula awal pagi Khamis hingga ke tengah hari.

Pada sebelah malam, selepas solat Maghrib diadakan tahlil di Surau 2 Parit Kassan dan jamuan untuk penduduk kampung.

Selepas solat Isyak diadakan program ceramah Maulidur Rasul SAW di perkarangan Dataran Ukhwah Sekolah Agama Parit Kassan. Penceramah undangan kali ini Ustaz Zakaria Muhammad, mantan Guru Pendidikan Islam SK Parit Kasan.

Hadir sama pada majlis itu Penghulu Mukim Grisek, Ishak Abu Bakar, Penyelaras Masjid dan Surau DUN Gambir, Jamal Diman, Setiausaha Biro Agama Umno Bahagian Ledang, Ramli Abd Rahman, Ketua Umno Cawangan Parit Kassan, Muslim Jasmin serta penduduk kampung.

posted by JKKK Parit Kassan @ 8:28:00 PTG   0 comments
PAPAN TANDA KAMPUNG PARIT KASSAN
16 Februari 2010
JKKK Parit Kassan mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang, Tuan Haji Abdull Rahim Talib kerana telah menyumbangkan papan tanda nama kampung di jalan masuk dari Parit Turun dan dari arah Sagil. Dengan adanya papan tanda itu para pengunjung dari luar dapat mengetahui kedudukan kampung ini.


posted by JKKK Parit Kassan @ 8:37:00 PTG   0 comments
GURU MENGAJI AL-QURAN MENINGGAL DUNIA
15 Februari 2010

Allahyarhamah Hajah Habshah Sejo (dua dari kiri) kali terakhir menghadiri mesyuarat JKKK pada malam 7/2/2010 di Balai Raya Parit Kassan

Pada 14/2/2010 kira-kira jam 10.55 malam, warga Parit Kassan telah dikejutkan dengan berita kembalinya ke Rahmatullah seorang guru mengajar al-Quran anak-anak kampung itu. Hajah Habshah Sejo meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tangkak akibat komplikasi jantung dan semput.Beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun, meninggalkan seorang suami yang uzur, Haji Mispan Surip dan 4 orang anak.Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kundur, jam 10 pagi 15/2/2010.
JKKK mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah.
posted by JKKK Parit Kassan @ 8:00:00 PTG   0 comments
MESYUARAT KHAS JKKK UNTUK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1431H
08 Februari 2010

Pada 7 Februari 2010 telah diadakan Mesyuarat Khas JKKK Parit Kassan untuk mengadakan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H. Mengikut keputusan mesyuarat, majlis akan diadakan pada 25 Februari 2010 mulai jam 9 malam di perkarangan Sekolah Agama Parit Kassan. Penceramah yang dijemput pada malam itu ialah Ustaz Zakaria Muhammad, penceramah bebas dari Muar.
posted by JKKK Parit Kassan @ 7:49:00 PTG   0 comments
PROGRAM BUDAYA AL-QURAN MUKIM GRISEK
03 Februari 2010

Pada 3 Februari 2010, hari Rabu malam Khamis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Mukim (JKKM) Grisek telah mengadakan Program Membudayakan Al-Quran dan Sunnah. Kali ini Surau 2 Parit Kassan telah dipilih untuk giliran sebagai tuan rumah. Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Ledang, YB Haji Hamim Samuri, Penghulu Mukim Grisek, Ishak Abu Bakar, Pegawai Penggerak Masjid dan Surau DUN Gambir, Haji Jamal Diman serta Ketua-ketua Kampung dan AJKnya.Melalui program itu dapat mengeratkan hubungan di antara pemimpin dengan masyarakat kampung.


posted by JKKK Parit Kassan @ 6:48:00 PTG   0 comments
PROFIL KAMI

Nama: JKKK Parit Kassan
Alamat: Mukim Grisek, Daerah Ledang,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Siapa Kami: Webmaster JKKK Parit Kassan
Lihat Profil Sepenuhnya
SEMBANG JKKK


ShoutMix chat widget

CERITA LEPAS
ARKIB
PAUTAN
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© JANUARI 2007-2013 ::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR:: Diuruskan Oleh: AdiSabarimanKreatif Templat Oleh: IsnainiDotCom