Allahyarhamah Hajah Habshah Sejo (dua dari kiri) kali terakhir menghadiri mesyuarat JKKK pada malam 7/2/2010 di Balai Raya Parit Kassan
Pada 14/2/2010 kira-kira jam 10.55 malam, warga Parit Kassan telah dikejutkan dengan berita kembalinya ke Rahmatullah seorang guru mengajar al-Quran anak-anak kampung itu. Hajah Habshah Sejo meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tangkak akibat komplikasi jantung dan semput.Beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun, meninggalkan seorang suami yang uzur, Haji Mispan Surip dan 4 orang anak.Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kundur, jam 10 pagi 15/2/2010. JKKK mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah.
|