Pada tahun 2006, Kerajaan Johor telah menetapkan bahawa Ketua Kampung yang telah melebihi usia 65 tahun perlu menamatkan perkhidmatan.
Setelah 14 tahun menerajui kepimpinan kampung ini, Haji Salleh Haji Sahari telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Kampung Parit Kassan atas faktor usia.
Dengan penamatan perkhidmatan itu, tanggungjawab menerajui kampung ini terletak di bahu para pemimpin masyarakat di kampung ini. Justeru itu, satu perbincangan dan permuafakatan telah diadakan melibatkan semua pemimpin pertubuhan dan masyarakat di kampung ini bagi mencari pengganti sebagai Ketua Kampung yang baru.
Setelah pelbagai hujah diterima dan dibahaskan, permuafakatan telah bersetuju melantik Encik Mohd Hamzah Bin Haji Basar, 49 sebagai Pemangku Ketua Kampung.
Mulai 1 Jun 2006, Encik Mohd Hamzah telah ditauliahkan oleh Kerajaan Johor sebagai Ketua Kampung Parit Kassan yang sah. |