::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR::

Blog ini menghimpunkan aktiviti yang berlaku di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, Johor.

 
LOGO JKKK
ALAMAT
Pengerusi JKKK Parit Kassan,
Kampung Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir,
Ledang, Johor Darul Takzim.
PERHUBUNGAN
Pengerusi: 06-9762042 / 012-7945915
E-mel: paritkassan@yahoo.com
PENGERUSI JKKK

MOHD HAMZAH BASAR
TIM. PENGERUSI JKKK

HJ MOHD JANIS ABU BAKAR
SETIAUSAHA JKKK

A SAMAD BUANG
BENDAHARI JKKK

TUGIRAN RATMAN
AHLI JAWATANKUASA
HJ AHMAD HJ TAHIR
HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN
HJ ZAKARIA HJ HAIYUN
ROZAINI ABD HAMID
HAI ROZZAMAN JALAL
YAHYA WAGIMAN
ALI HASSAN MUHALI
ABD HAMID MANSOR
MOHD NOR ABU KASSAN
MOHD SAID OMAR
ZAKARIA HARON
HJH KASMINAH HJ IKHSAN
SITI MAHANI DAILAM
KAMIRON SALIM
JUINAH SAHARAN
SALBIAH DAUD
MD ZIN SURATMAN
MUHD ZAINI ABU BAKAR
Program Budaya Al-Quran Diteruskan
26 Mac 2007
BERITA HARIAN ISNIN, 19 MAC 2007
Program budaya al-Quran diteruskan

MUAR: Program membudayakan al-Quran anjuran kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lalu sama ada di masjid dan surau perlu diteruskan kerana berjaya meningkatkan penghayatan terhadap isi kandungan kitab suci itu.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, program itu juga dapat mengimarahkan masjid dan surau serta menjayakan kegiatan keagamaan yang dianjurkan dari semasa ke semasa."Program itu juga turut menggalakkan masyarakat membaca al-Quran di rumah sama ada secara individu atau berkumpulan. Ini dapat mengeratkan silatulrahim serta mengukuhkan institusi keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Membudayakan Al Quran Peringkat Mukim Gersik 2007 di Surau 2 Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.Hadir sama ialah, Penghulu Mukim Gersik, Abdul Latif Ahmad, Penggerak Masjid dan Surau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Jamal Diman, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Mukim (JKKM) Gersik, Omar Mustari dan Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar.
Hamim yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang, mengingatkan ibu bapa supaya menggalakkan anak mengikuti kelas al-Quran di samping berusaha mendalami isi kandungan Kitab Suci itu.
Beliau berkata, langkah menganjurkan program peringkat Mukim secara bergilir di masjid dan surau dalam Mukim Gersik boleh merapatkan lagi hubungan antara 22 ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mukim berkenaan dengan masyarakat akar umbi.
posted by JKKK Parit Kassan @ 10:37:00 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
PROFIL KAMI

Nama: JKKK Parit Kassan
Alamat: Mukim Grisek, Daerah Ledang,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Siapa Kami: Webmaster JKKK Parit Kassan
Lihat Profil Sepenuhnya
SEMBANG JKKK


ShoutMix chat widget

CERITA LEPAS
ARKIB
PAUTAN
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© JANUARI 2007-2013 ::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR:: Diuruskan Oleh: AdiSabarimanKreatif Templat Oleh: IsnainiDotCom