SYARIKAT Mohd Janis Sdn Bhd pembeli buah kelapa sawit di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang telah mendapat pengiktirafan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) apabila menjadi calon bagi menerima Anugerah Industri Sawit 2007 kategori Peniaga Buah Sawit Seluruh Malaysia yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A Kohilan Pillai kepada Pengarah Urusan MJSB, Haji Mohd Janis Abu Bakar di Kota Kinabalu pada 15 Disember 2008 lalu.
JKKK Parit Kassan turut berbangga di atas pencapaian Timbalan Pengerusi JKKK Parit Kassan yang mendapat anugerah tersebut.
Ucapan tahniah daripada JKKK Parit Kassan di atas kejayaan tersebut.
|