::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR::

Blog ini menghimpunkan aktiviti yang berlaku di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, Johor.

 
LOGO JKKK
ALAMAT
Pengerusi JKKK Parit Kassan,
Kampung Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir,
Ledang, Johor Darul Takzim.
PERHUBUNGAN
Pengerusi: 06-9762042 / 012-7945915
E-mel: paritkassan@yahoo.com
PENGERUSI JKKK

MOHD HAMZAH BASAR
TIM. PENGERUSI JKKK

HJ MOHD JANIS ABU BAKAR
SETIAUSAHA JKKK

A SAMAD BUANG
BENDAHARI JKKK

TUGIRAN RATMAN
AHLI JAWATANKUASA
HJ AHMAD HJ TAHIR
HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN
HJ ZAKARIA HJ HAIYUN
ROZAINI ABD HAMID
HAI ROZZAMAN JALAL
YAHYA WAGIMAN
ALI HASSAN MUHALI
ABD HAMID MANSOR
MOHD NOR ABU KASSAN
MOHD SAID OMAR
ZAKARIA HARON
HJH KASMINAH HJ IKHSAN
SITI MAHANI DAILAM
KAMIRON SALIM
JUINAH SAHARAN
SALBIAH DAUD
MD ZIN SURATMAN
MUHD ZAINI ABU BAKAR
SEJARAH PENTADBIRAN KAMPUNG PARIT KASSAN
01 Februari 2008
PENTADBIRAN KAMPUNG

Di awal pembukaannya, kampung ini telah diterajui oleh Embah Kassan sebagai Ketua Kampung pertama. Setelah pulangnya ke Rahmatullah, jawatan Ketua Kampung telah diserahkan kepada anak beliau, Haji Mijan Bin Kassan sebagai Ketua Kampung kedua sekitar tahun 1960-an. Jawatan beliau telah diiktiraf oleh pihak Kerajaan Johor.

Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Kampung ditamatkan oleh pihak Kerajaan atas faktor usia dan segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran kampung telah dipangku oleh Ketua Kampung Parit Haji Idris, Haji Rahmat Bin Haji Wahab sementara mencari calon pengganti Ketua Kampung yang baru.

Pada tahun 1972, Kerajaan Johor telah melantik Encik Ahmad Bin Haji Taib, 46 sebagai Ketua Kampung yang baru bagi mentadbir kampung ini.

Ketokohan yang ada pada diri Encik Ahmad Haji Taib yang juga anak jati kampung ini dalam urusan pentadbiran kampung, sedikit demi sedikit pembangunan dibawa ke kampung ini.

Pada tahun 1992, kekosongan jawatan Ketua kampung berlaku akibat penamatan perkhidmatan jawatan Encik Ahmad Haji Taib (telah kembali ke Rahmatullah) oleh pihak Kerajaan atas faktor usia.

Dalam usia 52 tahun, Setiausaha JKKK di bawah pentadbiran Encik Ahmad Haji Taib ketika itu, Tuan Haji Salleh Haji Sahari telah menawarkan diri sebagai calon Ketua Kampung dan permohonan beliau telah diterima oleh pihak Kerajaan Johor.

Bermula pada tahun 1992, Tuan Haji Salleh Haji Sahari menjadi peneraju kepimpinan kampung setelah ditauliahkan sebagai Ketua Kampung oleh pihak Kerajaan.

Era pentadbiran beliau dengan kerjasama pemimpin masyarakat yang ada turut menyaksikan pelbagai pembangunan untuk kemudahan masyarakat di kampung ini dapat dinikmati hasil daripada peruntukan Kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Pada tahun ini, Kerajaan Johor telah menetapkan bahawa Ketua Kampung yang telah melebihi usia 65 tahun perlu menamatkan perkhidmatan.

Selama 14 tahun menerajui kepimpinan kampung, beliau telah lali dan telah masak dengan pelbagai karenah penduduk, tetapi berkat sabar dan muafakat, pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan suasana persaudaraan.

Dengan penamatan perkhidmatan itu, tanggungjawab menerajui kampung ini terletak di bahu para pemimpin masyarakat di kampung ini. Justeru itu, satu perbincangan dan permuafakatan telah diadakan melibatkan semua pemimpin pertubuhan dan masyarakat di kampung ini bagi mencari pengganti sebagai Ketua Kampung yang baru.

Setelah pelbagai hujah diterima dan dibahaskan, permuafakatan telah bersetuju melantik Encik Mohd Hamzah Bin Haji Basar, 49 sebagai Pemangku Ketua Kampung.

Mulai 1 Jun 2006, Encik Mohd Hamzah telah ditauliahkan oleh Kerajaan Johor sebagai Ketua Kampung Parit Kassan yang sah.

posted by JKKK Parit Kassan @ 4:01:00 PTG   0 comments
PROFIL KAMI

Nama: JKKK Parit Kassan
Alamat: Mukim Grisek, Daerah Ledang,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Siapa Kami: Webmaster JKKK Parit Kassan
Lihat Profil Sepenuhnya
SEMBANG JKKK


ShoutMix chat widget

CERITA LEPAS
ARKIB
PAUTAN
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© JANUARI 2007-2013 ::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR:: Diuruskan Oleh: AdiSabarimanKreatif Templat Oleh: IsnainiDotCom