LOGO JKKK |
|
ALAMAT |
Pengerusi JKKK Parit Kassan, Kampung Parit Kassan, 84800 Bukit Gambir, Ledang, Johor Darul Takzim. |
PERHUBUNGAN |
Pengerusi: 06-9762042 / 012-7945915 E-mel: paritkassan@yahoo.com |
PENGERUSI JKKK |
MOHD HAMZAH BASAR |
TIM. PENGERUSI JKKK |
HJ MOHD JANIS ABU BAKAR |
SETIAUSAHA JKKK |
A SAMAD BUANG |
BENDAHARI JKKK |
TUGIRAN RATMAN |
AHLI JAWATANKUASA |
HJ AHMAD HJ TAHIR HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN HJ ZAKARIA HJ HAIYUN ROZAINI ABD HAMID HAI ROZZAMAN JALAL YAHYA WAGIMAN ALI HASSAN MUHALI ABD HAMID MANSOR MOHD NOR ABU KASSAN MOHD SAID OMAR ZAKARIA HARON HJH KASMINAH HJ IKHSAN SITI MAHANI DAILAM KAMIRON SALIM JUINAH SAHARAN SALBIAH DAUD MD ZIN SURATMAN MUHD ZAINI ABU BAKAR |
|
JKKK FELDA PASAK ANJUR LAWATAN KE LEDANG |
23 Februari 2009 |
LEDANG: Seramai 55 orang peserta telah mengikuti lawatan sambil belajar ke daerah ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Sabtu lalu.
Pengerusinya, Haji Mohd Dom Harun berkata, tujuan program ini untuk memberikan pendedahan kepada Ahli Jawatankuasanya serta para pemimpin belia dan wanita yang terdapat di kampungnya melihat bagaimana sesebuah kampung yang dilawati memajukannya.
"Melalui program seumpama ini, minda mereka lebih terbuka untuk mempelajari cara pengurusan sesebuah kampung bagi diaplikasikan di kampung sendiri," katanya kepada iNFOLEDANG ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke premis Mohd Janis Sdn. Bhd. di Kampung Parit Kassan.
Sementara itu, Setiausahanya, Noh Haji Sitam berkata, antara destinasi yang dilawati ialah Kampung Parit Bugis, Muar yang mengadakan program Homestay, bengkel pembuatan bahulu tradisional dan kraftangan serta persembahan zapin.
Menurutnya lagi, destinasi kedua ialah melawat perusahaan Mohd Janis Sdn Bhd di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir yang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Industri Sawit 2007 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kota Kinabalu, Sabah bagi kategori peniaga buah sawit.
"Selain diberi penerangan mengenai aktiviti syarikat itu, kami juga dibawa ke tapak semaian benih sawit dan pusat ternakan lembu yang diusahakan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Haji Mohd Janis Abu Bakar," katanya lagi.
Tambah Noh lagi, destinasi ketiga ialah melawat Masjid Jamek Dato Abd Ghani Othman di Sagil Parit 2 bagi melihat keindahan seni bina kubah masjid kampung itu kerana rekabentuk itu akan digunakan untuk membina masjid di kampungnya.
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat sepanjang lawatan tersebut. |
posted by JKKK Parit Kassan @ 7:06:00 PTG |
|
|
KEJOHANAN OLAHRAGA SKPK KALI KE-12 |
18 Februari 2009 |
LEDANG: Kumpulan Hijau muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK). Kumpulan Hijau telah mendapat 375 mata mengalahkan tiga kumpulan lain iaitu Biru (350), Kuning (317) dan Merah (310).
Dalam kejohanan yang diadakan di padang SKPK petang semalam, Muhammad Syahrezat Abd Halim telah dinobatkan sebagai Olahragawan SKPK 2009 manakala Nor Hazirah Fasihah Sijas sebagai Olahragawati.
Kejohanan itu telah ditutup rasmi oleh Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar. Turut hadir pada majlis itu, Guru Besar SKPK, Hajah Munah Abd Majid, Yang DiPertua PIBG, Padil Md Amin, Naibnya, Haji Mohd Janis Abu Bakar serta Guru Penolong Kanan (GPK 1), Haji Mohamad Md Amin.
Dalam ucapannya, Mohd Hamzah menasihatkan para pelajar supaya menseimbangkan di antara akademik dan ko-kurikulum untuk mencapai kecemerlangan.
Tambahnya lagi, bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan dan minda para pelajar. -iNFOLEDANG |
posted by JKKK Parit Kassan @ 4:07:00 PTG |
|
|
JAIJ TEGAH UMAT ISLAM SAMBUT HARI KEKASIH |
05 Februari 2009 |
JOHOR BAHRU 5 Feb. - Jangan sambut Hari Kekasih, demikian kenyataan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) hari ini yang menasihatkan masyarakat Islam terhadap trend sambutan Hari Kekasih diraikan pasangan bercinta pada setiap kali tiba tarikh 14 Februari. Jabatan itu menegaskan, ini kerana sambutan Hari Kekasih itu bercanggah dengan akidah Islam dan mempunyai unsur-unsur ajaran Kristian yang dibawa oleh masyarakat Barat.
''Ia secara tidak langsung bertujuan melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat Islam,'' kata kenyataan akhbar JAIJ itu.
Sehubungan itu, umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih yang bercanggah dengan agama tersebut.
Tambahnya, kenyataan JAIJ itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
''Lagi pun roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang oleh Islam," katanya.
Menurutnya, Valentine merupakan nama sebenar St. Valentino seorang paderi di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan merupakan antara orang yang menghancurkan tamadun Islam di negara tersebut.
Justeru itu, katanya, jika umat Islam merayakan hari berkenaan ia seolah-olah bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
''Jika seseorang Islam masih berhasrat memberi hadiah kepada seseorang pada hari berkenaan, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep Hari Kekasih,'' tegasnya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 6 FEBRUARI 2009
|
|
posted by JKKK Parit Kassan @ 3:38:00 PTG |
|
|
|
PROFIL KAMI |
Nama: JKKK Parit Kassan
Alamat: Mukim Grisek, Daerah Ledang,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Siapa Kami: Webmaster JKKK Parit Kassan
Lihat Profil Sepenuhnya
|
SEMBANG JKKK |
ShoutMix chat widget
|
CERITA LEPAS |
|
ARKIB |
|
PAUTAN |
|
Powered by |
|
|