MERSING 3 Mac - Hospital Daerah Mersing akan menganjurkan Kempen Memerangi Aedes Peringkat Daerah di kawasan rekreasi Esplanet Kampung Seri Lalang di sini Sabtu ini. Pegawai Kesihatan Hospital Daerah Mersing, Moktar Pungot berkata, kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran awal kepada penduduk-penduduk di daerah ini mengenai bahaya penyakit denggi yang dibawa nyamuk aedes. "Pada kempen itu juga, kita akan menggalakkan orang ramai supaya mencari dan memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi dan dipercayai terdapat aedes membiak," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, kempen tersebut akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing, Datuk Abdul Razak Hassan. Menurutnya, selain kawasan rumah, perhatian juga harus diberikan kepada premis-premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai makan, surau, masjid dan sekolah. "Saya mengingatkan kepada semua, jika ada tanda-tanda seperti demam, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan," katanya. Moktar turut meminta orang ramai supaya memeriksa kawasan rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nyamuk aedes. P/S: Dr Mohtar Pungot@Ahmad adalah anak jati Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 4 MAC 2009 |
pehhhh!!
masuk paper..
aku jadik mc majlis ni..
hahaha!!