LOGO JKKK |
|
ALAMAT |
Pengerusi JKKK Parit Kassan, Kampung Parit Kassan, 84800 Bukit Gambir, Ledang, Johor Darul Takzim. |
PERHUBUNGAN |
Pengerusi: 06-9762042 / 012-7945915 E-mel: paritkassan@yahoo.com |
PENGERUSI JKKK |
MOHD HAMZAH BASAR |
TIM. PENGERUSI JKKK |
HJ MOHD JANIS ABU BAKAR |
SETIAUSAHA JKKK |
A SAMAD BUANG |
BENDAHARI JKKK |
TUGIRAN RATMAN |
AHLI JAWATANKUASA |
HJ AHMAD HJ TAHIR HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN HJ ZAKARIA HJ HAIYUN ROZAINI ABD HAMID HAI ROZZAMAN JALAL YAHYA WAGIMAN ALI HASSAN MUHALI ABD HAMID MANSOR MOHD NOR ABU KASSAN MOHD SAID OMAR ZAKARIA HARON HJH KASMINAH HJ IKHSAN SITI MAHANI DAILAM KAMIRON SALIM JUINAH SAHARAN SALBIAH DAUD MD ZIN SURATMAN MUHD ZAINI ABU BAKAR |
|
MAJLIS PENYAMPAIAN JALUR GEMILANG DUN GAMBIR |
29 Ogos 2009 |
Pada 29 Ogos 2009 Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar telah menghadiri majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, YB M Asojan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Gambir, Dewan Serbaguna Bukit Gambir. Penyerahan bendera itu untuk dipasang di sekitar kampung sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-52. Sambutan untuk DUN Gambir dijangka pada 15 September 2009 disertai dengan majlis Berbuka Puasa Muhibah. |
posted by JKKK Parit Kassan @ 9:31:00 PTG |
|
|
BULAN KEMERDEKAAN DI PARIT KASSAN |
25 Ogos 2009 |
Bulan Kemerdekaan nampaknya disambut dalam bulan puasa. Jalur Gemilang mula dipasang di depan rumah penduduk, Sekolah Agama, Sekolah Kebangsaan dan Kompleks Mohd Janis Sdn Bhd. Tapi masih ramai lagi yang tidak mengibarkan bendera di depan rumah masing-masing. Tok ketua kena kempen supaya anak-anak bua |
posted by JKKK Parit Kassan @ 1:23:00 PG |
|
|
KEMPLINGAN: KESENIAN MASYARAKAT JAWA DI JOHOR |
19 Ogos 2009 |
Ditulis oleh Hai Rozzaman Jalal | Rabu, 19 Ogos 2009 11:39 | |
TABUH…Anggota kumpulan kempling menabuh peralatan untuk menghasilkan kombinasi irama yang menarik dan indah.
LEDANG : Salah satu kesenian tradisi yang masih bertahan di Johor adalah kempling. Kesenian yang diwarisi daripada budaya Jawa ini masih banyak diamalkan di daerah-daerah Muar, Ledang dan Batu Pahat.
Di Ledang, antara kampung yang masih mempertahankan kesenian ini ialah Kampung Parit Kassan dan Parit Haji Idris di Bukit Gambir, Kampung Melayu Raya, Sagil Parit Satu dan Sagil Parit Dua di Tangkak.
Di samping bertujuan sebagai hiburan, kemplingan juga berfungsi menghimpunkan masyarakat kampung bagi memudahkan pertemuan dan mengadakan perbincangan.
Kempling biasanya dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti berkhatan, cukur rambut bayi, perkahwinan dan majlis keramaian.
Ia dipersembahkan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 10 - 15 orang ahli di mana enam orang daripada mereka memainkan peralatan kempling.
Peralatan kempling terdiri daripada gendang, kempling, jidur, karon dan dua buah kempol yang kesemuanya diperbuat daripada kayu.
Kombinasi keenam-enam alat muzik ini dapat melahirkan irama yang indah dan mengasyikkan dan jika ia dimainkan pada waktu malam, iramanya boleh didengar sehingga ke beberapa buah kampung.
Nazam yang dinyanyikan dalam permainan kempling ini pula diambil dari kitab berzanji atau rawi yang kesemuanya berjumlah 16 bab.
Namun begitu, nazam boleh diubahsuai kepada beberapa pantun Melayu atau yang dikarang sendiri sesuai dengan peredaran zaman tetapi rentak dan iramanya masih mengikut yang asli.
Dahulu, permainan kempling dipersembahkan pada waktu malam iaitu selepas Isyak dan berlarutan hingga ke tengah malam membawa ke pagi bagi meraikan kanak-kanak yang hendak dikhatan.
Kini, persembahan kempling hanya dilakukan sehingga tengah malam sahaja atau pada waktu siang bergantung kepada permintaan tuan rumah.
ALATAN…Enam jenis peralatan genderang yang
digunakan dalam permainan kemplingan.
SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR MEDKOM.MY
19 OGOS 2009 | -- http://infoledang.blogspot.com ~sumber berita warga ledang~ |
posted by JKKK Parit Kassan @ 6:50:00 PTG |
|
|
ULAR TEDUNG DI RUMAH YAN MELAN |
13 Ogos 2009 |
Seekor ular tedung sepanjang 14 kaki telah ditembak mati ketika memasuki rumah Wak Yan Melan kira-kira jam 6 petang semalam. Ular tedung itu dikatakan melintas di belakang orang rumah Wak Yan ketika sedang membakar sampah di belakang rumahnya. -- http://infoledang.blogspot.com ~sumber berita warga ledang~ |
posted by JKKK Parit Kassan @ 9:12:00 PTG |
|
|
HAJI KARSAN ABU KEMBALI KE RAHMATULLAH |
08 Ogos 2009 |
Sebahagian penduduk kampung yang menziarahi jenazah Allahyarham dan kenderaan jenazah yang membawa beliau ke Tanah Perkuburan Bukit Kundur.
Hari ini, 9 Ogos 2009, Haji Karsan Abu, penduduk Kampung Parit Kassan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 malam tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar kerana sakit tua dalam usia 85 tahun (1924 - 2009).
Semua penduduk kampung ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk roh beliau. |
posted by JKKK Parit Kassan @ 8:04:00 PTG |
|
|
|
PROFIL KAMI |
Nama: JKKK Parit Kassan
Alamat: Mukim Grisek, Daerah Ledang,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Siapa Kami: Webmaster JKKK Parit Kassan
Lihat Profil Sepenuhnya
|
SEMBANG JKKK |
ShoutMix chat widget
|
CERITA LEPAS |
|
ARKIB |
|
PAUTAN |
|
Powered by |
|
|