::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR::

Blog ini menghimpunkan aktiviti yang berlaku di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, Johor.

 
LOGO JKKK
ALAMAT
Pengerusi JKKK Parit Kassan,
Kampung Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir,
Ledang, Johor Darul Takzim.
PERHUBUNGAN
Pengerusi: 06-9762042 / 012-7945915
E-mel: paritkassan@yahoo.com
PENGERUSI JKKK

MOHD HAMZAH BASAR
TIM. PENGERUSI JKKK

HJ MOHD JANIS ABU BAKAR
SETIAUSAHA JKKK

A SAMAD BUANG
BENDAHARI JKKK

TUGIRAN RATMAN
AHLI JAWATANKUASA
HJ AHMAD HJ TAHIR
HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN
HJ ZAKARIA HJ HAIYUN
ROZAINI ABD HAMID
HAI ROZZAMAN JALAL
YAHYA WAGIMAN
ALI HASSAN MUHALI
ABD HAMID MANSOR
MOHD NOR ABU KASSAN
MOHD SAID OMAR
ZAKARIA HARON
HJH KASMINAH HJ IKHSAN
SITI MAHANI DAILAM
KAMIRON SALIM
JUINAH SAHARAN
SALBIAH DAUD
MD ZIN SURATMAN
MUHD ZAINI ABU BAKAR
PROJEK BANGUNAN SEKOLAH 4 TINGKAT BERMULA
27 Mei 2009

Projek membina bangunan sedang dimulakan.
(Gambar Ihsan PSS SK PARIT KASAN)

Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK) mendapat sebuah bangunan 4 tingkat yang baru dimulakan pembinaannya pada 25 Mei 2009 yang lalu. Dengan pembinaan bangunan tersebut, murid-murid dapat belajar dengan selesa. Terima kasih kepada pihak kerajaan.
posted by JKKK Parit Kassan @ 8:11:00 PTG   0 comments
AADK DIMINTA UJI AIR KENCING KAKITANGAN KERAJAAN
22 Mei 2009


JOHOR BAHRU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor bimbang dengan kakitangan kerajaan yang menghadapi tekanan hidup menyebabkan ada antara mereka terbabit dalam penagihan dadah sehingga menjadi penagih tegar.


Pengarahnya, Sidek Jaffar, berkata apabila sudah menjadi penagih, kakitangan awam berkenaan akan hilang tumpuan ketika bekerja sehingga prestasi terjejas teruk dan akhirnya terpaksa dibuang kerja.


 Beliau berkata, kebelakangan ini, AADK menerima permintaan daripada beberapa jabatan kerajaan supaya menjalankan pemeriksaan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada kakitangan mereka bebas daripada gejala penagihan dadah atau sebaliknya.

"Tindakan itu dilakukan kerana terdapat kes kakitangan awam terjebak dalam penagihan dadah dan dikhuatiri bilangannya meningkat.

"Dalam pemeriksaan secara berkala sehingga kini, memang terdapat ujian air kencing sebilangan kakitangan awam positif dadah dan perkara itu amat mendukacitakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Seminar Perdana Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di sini, kelmarin.

Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai.

Sementara itu, Dr Robia berkata, Johor Bahru mencatatkan bilangan kes penagihan dadah paling tinggi berbanding daerah lain di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak 566 kes dikesan di daerah itu pada tahun lalu, diikuti 199 kes di Batu Pahat dan 172 kes di Kluang.

"Bagaimanapun, jumlah keseluruhan di negeri ini didapati menurun daripada 2,004 kes pada 2007 kepada 1,512 kes pada tahun lalu.

"Kes yang dimaksudkan termasuk penagih baru. Mereka ditempatkan di pusat serenti, diberi pengawasan dan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan mereka mampu pulang ke pangkal jalan," katanya. 


SUMBER: BERITA HARIAN, 23 MEI 2009


P.S.: Seramai 35 orang wakil dari daerah Ledang turut serta dalam Seminar tersebut. Mukim Grisek diwakili oleh 5 orang daripada JKKK Parit Kassan.




Bersosial dan bersambung dengan lebih baik hari ini.
Tambah lebih ramai rakan ke Yahoo! Messenger sekarang!
posted by JKKK Parit Kassan @ 6:27:00 PTG   0 comments
MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN
08 Mei 2009

PADA 6 Mei yang lalu, Ketua Kampung Parit Kassan telah menghadiri majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Parit Kassan Kali Ke-14. Beliau turut menyampaikan bantuan pakaian sumbangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada murid-murid sekolah tersebut.
posted by JKKK Parit Kassan @ 5:14:00 PTG   0 comments
PROFIL KAMI

Nama: JKKK Parit Kassan
Alamat: Mukim Grisek, Daerah Ledang,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Siapa Kami: Webmaster JKKK Parit Kassan
Lihat Profil Sepenuhnya
SEMBANG JKKK


ShoutMix chat widget

CERITA LEPAS
ARKIB
PAUTAN
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© JANUARI 2007-2013 ::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR:: Diuruskan Oleh: AdiSabarimanKreatif Templat Oleh: IsnainiDotCom