::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR::

Blog ini menghimpunkan aktiviti yang berlaku di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, Johor.

 
LOGO JKKK
ALAMAT
Pengerusi JKKK Parit Kassan,
Kampung Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir,
Ledang, Johor Darul Takzim.
PERHUBUNGAN
Pengerusi: 06-9762042 / 012-7945915
E-mel: paritkassan@yahoo.com
PENGERUSI JKKK

MOHD HAMZAH BASAR
TIM. PENGERUSI JKKK

HJ MOHD JANIS ABU BAKAR
SETIAUSAHA JKKK

A SAMAD BUANG
BENDAHARI JKKK

TUGIRAN RATMAN
AHLI JAWATANKUASA
HJ AHMAD HJ TAHIR
HJ MOHD TAHA HJ HUSNAN
HJ ZAKARIA HJ HAIYUN
ROZAINI ABD HAMID
HAI ROZZAMAN JALAL
YAHYA WAGIMAN
ALI HASSAN MUHALI
ABD HAMID MANSOR
MOHD NOR ABU KASSAN
MOHD SAID OMAR
ZAKARIA HARON
HJH KASMINAH HJ IKHSAN
SITI MAHANI DAILAM
KAMIRON SALIM
JUINAH SAHARAN
SALBIAH DAUD
MD ZIN SURATMAN
MUHD ZAINI ABU BAKAR
Ibu Bapa Tak Perlu Merungut
26 Mac 2007
BERITA HARIAN RABU 21 MAC 2007
‘Ibu bapa tak perlu merungut’

MUAR: Ibu bapa tidak perlu merungut membiayai persekolahan anak bagi memastikan mereka dapat mengikuti pelajaran dengan selesa sekali gus menjamin keputusan cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan.
Naib Ketua Umno bahagian Ledang, Abdul Rahim Talib, berkata anak yang dilengkapkan dengan buku rujukan dan keperluan pembelajaran yang cukup dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran disampaikan guru di sekolah.

Beliau berkata, mereka juga dapat mengulangkaji mata pelajaran penting dengan selesa ketika di rumah berikutan memiliki keperluan pembelajaran yang cukup sekali gus memudahkan guru memberikan pendidikan lebih berkesan.
"Kesungguhan ibu bapa menyediakan keperluan pembelajaran anak-anak juga mendorong mereka belajar bersungguh-sungguh sekali gus meraih pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan sama ada akademik dan agama.
"Selain itu, ibu bapa juga tidak seharusnya mudah putus asa apabila mendapati keputusan pencapaian pepersikaan anak-anak kurang memuaskan sebaliknya memberikan semangat kepada mereka supaya belajar lebih tekun dan rajin,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan majlis penyampaian sijil murid yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Parit Kassan (SKPK) Bukit Gambir, di sini.
Abdul Rahim berkata, kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran yang cukup dari segi logistik dan infrastruktur selain tenaga pengajar terlatih termasuk di sekolah luar bandar dalam usaha memastikan mutu pendidikan di negara ini sentiasa dapat ditingkatkan.
Beliau berkata, kerajaan juga tidak mengabaikan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk makanan berkhasiat melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada murid miskin di luar bandar.
Bagaimanapun, katanya, galakan dan dorongan ibu bapa lebih penting bagi memastikan anak mereka tidak tercicir daripada menikmati kemudahan pembelajaran sehingga membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
posted by JKKK Parit Kassan @ 11:18:00 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
PROFIL KAMI

Nama: JKKK Parit Kassan
Alamat: Mukim Grisek, Daerah Ledang,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Siapa Kami: Webmaster JKKK Parit Kassan
Lihat Profil Sepenuhnya
SEMBANG JKKK


ShoutMix chat widget

CERITA LEPAS
ARKIB
PAUTAN
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© JANUARI 2007-2013 ::JKKK:: PARIT KASSAN::MUKIM GRISEK::LEDANG::JOHOR:: Diuruskan Oleh: AdiSabarimanKreatif Templat Oleh: IsnainiDotCom